top of page
Sky

FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA

PERSONALITI

  • Minat: Fitrah kita sebagai seorang manusia untuk mempunyai minat dan cita-cita yang ingin dikecapi pada satu tempoh masa. Kita akan mempunyai semangat dan motivasi yang lebih tinggi apabila melakukan satu perkara yang kita minat berbanding melakukan kerja yang kita tidak gemar. Jika moraliti dan kesihatan mental berada pada tahap yang baik, nescaya kerja dapat dilakukan dengan seronok serta membuahkan hasil yang cemerlang.

PERSEKITARAN

  • Keluarga: Sokongan daripada ibu bapa terhadap pilihan dan pemikiran anak dapat membimbing anak-anak memilih kerjaya yang sesuai.  Ibu bapa yang memaksa atau tegas dengan pemilihan anak akan menyebabkan kegagalan anak malah jika ibu bapa memberikan kata semangat mendorong anak membuat pilihan terbaik.  Ibu bapa perlu menjadi teladan baik supaya anak ikut, kadang anak melihat kerjaya ibu bapa seronok, anak juga lahir minat untuk memilih kerjaya tersebut.

  • Akademik: Murid perlu ada kecenderungan dan kebolehan terhadap kerjaya yang dipilih.  Semasa di sekolah, jika murid bercita-cita untuk menjadi doktor, murid tersebut dapat menguasai mata pelajaran sains seperti biologi, kimia dan yang berkaitan dengan baik.  Jika tidak keputusan peperiksaan tidak dapat menjamin murid boleh mencapai cita-cita kerana kekurangan ilmu yang berkaitan dengan kedoktoran. Penguasaan akademik juga memberi kelebihan kepada murid semasa bekerja nanti.

  • Prospek kerjaya: Faktor ini penting bagi menjamin kelancaran hidup setiap individu kerana kerjaya yang baik memberikan gaji yang lumayan. Contohnya, bidang perubatan menjadi pilihan ramai murid kerana ia memberikan kestabilan kerja, gaji yang berpatutan dan prospek kerjaya yang menyakinkan.  Kenaikan taraf kehidupan dan kos sara hidup menjadi titik tolak kepada remaja dalam memilih kerjaya yang memberikan upah atau gaji yang berpatutan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup. 

  • Rakan sebaya: Rakan dan kawan sekeliling memberi motivasi serta saling mempunyai hobi dan persamaan yang banyak dapat mempengaruhi pemikiran murid.  Keakraban kawan dapat mempengaruhi pemikiran sama ada yang positif atau negatif.  Pemilihan kawan perlu dilakukan dengan bijak dan belajar bergaul dengan kawan memberi impak positif sahaja.  Melalui rakan, tingkah laku murid juga akan berubah dan murid dapat belajar untuk bersoaial dengan orang ramai.

bottom of page