KONSEP BIMBINGAN & KAUNSELING
Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan kearah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang lebih baik.
Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.
DEFINISI KERJAYA
-
Kerjaya (career) merujuk kepada bagaimana individu melihat diri mereka dan hubungannya dengan apa yang mereka lakukan (Sharf, 1997). Ianya juga merujuk kepada apa yang dicita-citakan oleh individu sepanjang kehidupannya (Sharf, 1997).
-
Menurut National Career Development – kerjaya adalah kerja dan tingkahlaku yang dilakukan oleh individu yang mengambil tempat sepanjang kehidupannya.
-
Menurut Zunker (2006.p 9) kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu.


Quotes:
“The only way to do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle.” – Steve Jobs
Jangan mengeluh untuk melakukan sesuatu, semakin banyak mengeluh, semakin gagal menghampiri
Satu-satunya cara untuk melakukan pekerjaan yang hebat adalah dengan mencintai apa yang kamu lakukan
“Your talent determines what you can do. Your motivation determines how much you’re willing to do. Your attitude determines how well you do it.” -Lou Holtz

Bimbingan Kerjaya
-
Merupakan proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan (Myrick,1997).
-
Merupakan salah satu program bimbingan yang direka untuk memberi bantuan kepada pelajar dalam segi perkembangan kerjaya.
Kepentingan Bimbingan Kerjaya

-
Memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang bidang kerjaya yang diminati.
-
Menolong pelajar untuk mengenalpastikan tret pekerjaan yang sesuai dengan personaliti pelajar.
-
Menambah ilmu pengetahuan pelajar yang berkaitan dengan kerjaya.
-
Memberikan persediaan awal kepada pelajar sebelum menjejak ke alam masyarakat.
Konsep Bimbingan Kerjaya Islam:
-
Merupakan suatu tugas dan fitrah semula jadi manusia dijadikan sebagai khalifah di dunia.
-
Allah S.W.T menyuruh manusia beribadat kepadaNya dengan tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal.
-
Golongan usahawan dan pekerja diberi penghormatan yang tinggi oleh Islam.
-
Golongan pekerja yang susah yang mengalami kesusahan hidup mempunyai hak untuk menerima zakat.
-
Kerja yang dipilih perlu halal dan peroleh hasil yang bersih.

Kaunseling Kerjaya
-
Kaunseling kerjaya merupakan sebuah proses psikologi sepanjang masa dan hayat serta berinteraksi secara dinamik dengan lain-lain peranan dalam sesebuah kehidupan.
-
Masalah dalam pemilihan kerjaya termasuk: a.ketidakupayaan membuat pemilihan dalam kerjaya, b.ketegangan dan juga penyesuaian, c.ketidaksesuaian membuat pilihan ( Sidek Mohd Noah, 2002).
-
Hubungan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien dalam satu proses membantu klien memahami, meneroka, merancang, membuat keputusan serta tindakan berkaitan pendidikan, latihan dan pemilihan kerjaya atau masa depan klien

Kepentingan Kaunseling Kerjaya
-
Kesedaran diri
-Pelajar perlu mempunyai kesedaran tinggi terhadap kebolehan, minat dan keinginan diri dalam kehidupan. Pelajar ada pengetahuan identiti diri dan dapat membuat keputusan yang bijak.
-
Kesedaran ekonomi
-Pelajar perlu memahami perhubungan antara sumber ekonomi dengan kehidupan dan juga gaya kehidupan. Pelajar melahir sikap berusaha untuk memilih kerjaya yang dapat membantu memenuhi keperluan kehidupan.
-
Kesedaran pendidikan
-Pelajar perlu tahu bahawa perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan menimba ilmu pengatahuan sepanjang hayat bagi mencapai matlamat yang dicita-citakan.
-
Kesedaran kerjaya
-Pelajar perlu memahami bahawa perkembangan kerjaya juga merangkumi pengalaman, kemahiran, jenis pekerjaan dan juga kemajuan pendidikan.
-
Sikap dan apresiasi
-Pelajar perlu membentuk suatu nilai dalaman yang sesuai dan sewajarnya dengan kerjaya yang dipilih. Apresiasi dapat memberikan pelajar satu semangat yang besar untuk turut aktif dan melakukan kerja dengan baik.
-
Pengambilan keputusan
-Apabila pelajar dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan kerjaya dapat mendorong pelajar tersebut untuk berfikir bijak serta membuat keputusan yang tepat dan memenuhi keinginan diri.



